Tuesday, 9 August 2011

SIAPALAH KITA DISISI ALLAH DI AKHIRAT KELAK

Berapa ramaikah manusia yang akan berkumpul menghadap ALLah di padang mahsyar kelak? Kalau dihitung penduduk dunia semasa dianggarkan sekitar 7 billion. Berapa jumlah jenerasi  yang menjadi penghuni dunia tidak dapat dianggarkan. Ada sumber menyatakan dunia ini telah menghampiri 7000 tahun. Katakanlah jumlah jenerasi bermula dari Nabi Adam sehingga sekarang berjumlah 70000, berapakah jumlah keseluruhan penduduk dunia. Sebagai satu jumlah yang boleh dijadikan sandaran untuk membuat anggaran dan meneruskan perbincangan, katakanlah purata penghuni manusia berjumlah 1000000000 dan bilangan generasi berjumlah 70000, jadi bilangan penghuni dunia berjumlah
70000000000000 orang.
Siapakah kita berbanding dengan 70000000000000 orang yang lain. Adalah ALLAH akan melihat kita. Apakah kelebihan kita untuk Allah melihat kita. Adakah suara kita akan Allah dengar. Bilakah giliran kita untuk bertemu Allah? Adakah dengan amalan yang kita kerjakan sekarang membolehkan kita dapat bertemu lebih awal daripada manusia yang lain?
Adakah kita mengingati Allah sepanjang masa untuk Allah mengingati kita? Adakah kita sentiasa menyebut nama Allah sepanjang masa supaya Allah meyebut nama kita? Adakah kita mensyukuri apa yang Allah berikan kepada kita, adakah kita hampir dengan Allah supaya Allah hampir dengan kita. Adakah kita redha dengan apa yang Allah berikan kepada kita selama ini? Adakah kita menerima perkara baik dan buruk yang diberikan kepada kita dengan ikhlas tanpa merunggut, tanpa banyak soal dan tanpa buruk sangka?

Bersambung.....

No comments:

Post a Comment