KAUNSELING
• Bimbingan adalah untuk semua murid, untuk perkembangan diri mereka.
• fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia masih boleh dikawal.
• Ia mesti dilakukan secara kolaboratif dengan kakitangan lain di sekolah.
• murid-murid perlu menyertai bimbingan secara sukarela.
• guru bimbingan perlu bertingkah laku prosesional untuk mengelakkan perhubungan tidah sihat.
• perkhidmatan bimbingan merupakan tanggungjawab secara kolektif di antara guru, murid, guru pmbimbing dan sekolah, rakan sebaya dan ibubapa yang berkenaan.
Suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling.
Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien . Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri.
Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien memberihalkan masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara klien dan kaunselor turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya.
kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang menghasilkan masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada permasalahannya. Oleh itu fokus mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna, dan melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emosional atau antara individu.
Krumboltz (George & Kristianni, 1990), pula mengatakan kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunseling dalam usaha membantu klien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkahlaku yang akan menghasilkan penyelesian kepada masalah klien.
Untuk pemahaman dengan lebih jelas lagi tentang definisi kunseling, dipetik tiga definisi yang telah dibuat oleh tiga tokoh iaitu Blocher (1974); Corey (1977) dan James (1982). Blocher (1974) mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya. Corey (1977) sepertimana dengan Blocher menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulakn masalah pada dirinya. Akhir sekali James (1982) pula mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu.
Sebagai rumusan, kaunseling adalah proses pertolongan yang profesional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya.
Definisi Bimbingan
• Othman Mohamed (2000), bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bagi penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya.
Prinsip-prinsip bimbingan
• Bimbingan adalah untuk semua murid, untuk perkembangan diri mereka.
• fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia masih boleh dikawal.
• Ia mesti dilakukan secara kolaboratif dengan kakitangan lain di sekolah.
• murid-murid perlu menyertai bimbingan secara sukarela.
• guru bimbingan perlu bertingkah laku prosesional untuk mengelakkan perhubungan tidah sihat.
• perkhidmatan bimbingan merupakan tanggungjawab secara kolektif di antara guru, murid, guru pmbimbing dan sekolah, rakan sebaya dan ibubapa yang berkenaan.
MODEL PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
• Perkhidmatan lebih bersifat menyeluruh iaitu memberi khidmat yang ditujukan seboleh-bolehnya kepada semua kelompok sasaran, di mana perlu khidmat rujukan kepakaran juga boleh diberikan.
• Perkhidmatan lebih bersifat perkembangan, pencegahan, dan pemulihan yang boleh disokong melalui aktiviti pengayaan dan pengukuhan.
• Perkhidmatan lebih menekankan bimbingan dan kaunseling pengajaran serta bimbingan dan kaunseling kelompok.
• Perkhidmatan lebih bersifat terbuka .
• Perkhidmatan bersifat bersepadu dan pelbagai disiplin.
• Perkhidmatan bersifat pelbagai modality
• Perkhidmatan lebih bersifat perkembangan, pencegahan, dan pemulihan yang boleh disokong melalui aktiviti pengayaan dan pengukuhan.
• Perkhidmatan lebih menekankan bimbingan dan kaunseling pengajaran serta bimbingan dan kaunseling kelompok.
• Perkhidmatan lebih bersifat terbuka .
• Perkhidmatan bersifat bersepadu dan pelbagai disiplin.
• Perkhidmatan bersifat pelbagai modality
MINDA BAWAH SEDAR
Bagaimana minda bawah sedar memberi respon kepada kemahuan Anda
Saya percaya untuk kita nak bahagia, nak berjaya, nak ceria, kita perlu faham bagaimana minda bawah sedar kita bekerja supaya kita tidak dikawal oleh minda, sebaliknya kita yang mengawal minda bawah sedar kita. Tujuannya? Supaya kita boleh membentuk situasi-situasi yang datang dan pergi dalam hidup kita terutama situasi-situasi di masa akan datang. Minda bawah sedar memberi respon pada kemahuan kita melalui gambaran mental yang kita selalu mainkan berulang-ulang di fikiran.
Lebih banyak kita mainkan gambaran mental tu, lebih kuatlah minda bawah sedar memahami itulah dia apa yang kita mahukan. Contohnya, lebih banyak kita tengok iklan yang dimainkan di tv, lebih banyak kita ingat iklan tu ketika fikiran kita melayang-layang. Begitu jugalah minda bawah sedar kita – ia respon pada gambaran mental dan emosi kita ketika itu, dirakam lalu disimpan.
Bila Anda nakkan sesuatu, munculkan keinginan yang amat kuat untuk memilikinya. Gambarkan seolah-olah apa yang Anda nakkan tu dah ada sekarang. Anda gunakannya, Anda rasainya di tangan Anda, Anda gembira apa yang Anda nakkan dah ada. Jangan gambarkan apa yang Anda mahu. Sebaliknya, gambarkan yang Anda sedang menggunakan apa yang Anda mahu. Gambarkan Anda sedang menikmati apa yang Anda mahu. Bukan memiliki, tapi menggunakan dan mengalaminya sendiri. Feelnya mesti kuat. Untuk membuat feelnya kuat, emosi Anda mesti kuat. Contohnya, jika Anda mahu membeli sebuah kereta berjenama Infiniti, gambarkan yang Anda sedang menggunakan kereta tu dengan girang, bangga dan gembira. Gambarkan sejelas mungkin yang Anda sedang memandunya, Anda lihat dengan jelas tangan Anda memegang sterengnya, telinga anda menangkap bunyi enjinnya, kulit Anda terasa sejuk dek kedinginan ‘ekon’ nya, hidung Anda menangkap bau sarung kulit yang dipasang dibangkunya. Gambarkan sejelas mungkin, sekerap mungkin setiap hari supaya minda bawah sedar boleh membuat Anda berjumpa dengan kemahuan Anda tu secara kebetulan.
Jika Anda nak bahagia dan nak berjaya, gambarkan sekerap mungkin Anda SUDAH bahagia dan berjaya kemudian wujudkan kegembiraan, seperti kejayaan yang Anda nakkan tu sudah berlaku sekarang. Gambarkan sekerap mungkin. Wujudkan ia di fikiran lalu fikirkan sepanjang masa. Inilah cara untuk kita memberitahu minda bawah sedar apa dia kemahuan kita. Minda bawah sedar respon pada apa saja kemahuan kita, besar atau kecil, yang possible atau yang impossible. Jika kemahuan kita besar, minda bawah sedar mengambil masa untuk merealisasikannya. Jika kemahuan kita kecil, minda bawah sedar mengambil hanya sedikit masa untuk merealisasikannya. Kemahuan Anda mempengaruhi cara tindakan minda bawah sedar Anda. Kemudilah emosi Anda, jadikannya positif sentiasa supaya kita ditemukan dengan situasi-situasi positif sentiasa.
Satu perkara yang perlu diingat iaitu ianya berlaku kerana kekuasaan dan keizinan Allah jua.