Monday, 1 August 2011

Amalan dibulan Ramadhan

Assalam...

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, akan diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu"

Hadith Riwayat Bukhari

Sekadar mahu berkongsi satu tazkirah pendek tentang amalan-amalan terbaik untuk dilakukan sepanjang bulan Ramadhan. Rebutlah peluang keemasan, meraih sebanyak-banyak pahala dalam bulan penuh berkah ini.
  1. Melakukan Solat Subuh berjemaah.
  2. Memperbanyakkan berdoa sepanjang berpuasa terutama waktu hampir berbuka puasa.
  3. Memberikan makanan berbuka puasa kepada orang lain terutama dalam tempoh 10 Ramadhan terakhir.
  4. Melakukan solat sunat Witir terutama ketika hampir masuk waktu Subuh.
  5. Dzikir dengan membaca kalimat; LAA ILAHA ILLA ALLAH. Dilakukan setiap saat, sepas sholat, di waktu senggang atau ketika bekerja. selain itu dzikir dengan asma allah atau sebahagian dari asmaul husna 99 juga merupakan amalan utama di bulan ramadhan

No comments:

Post a Comment