TERAPI DOA MUSTAJAB
Doa adalah merupakan senjata bagi orang mukmin. Banyak kisah ajib yang berlaku hasil daripada doa yang dimakbulkan oleh Allah. Persoalannya adakah doa kita diterima dan dimakbulkan. Salah satu sebab doa tidak makbul adalah kerana kaedah dan cara berdoa yang tidak betul.
Doa yang dilakukan dengan cara yang salah tidak mungkin sampai atau diterima oleh Allah. Sedarlah bahawa Allah itu Maha Agong, Maha Suci, Maha Besar. Sebagai perbandingan yang mudah, sekiranya kita bercakap dengan ketua atau pembesar, kita akan menggunakan kaedah, cara dan bahasa yang berbeza berbanding apabila kita bercakap dengan rakan-rakan. Apa yang kita ingin sampaikan mesti jelas, mudah difahami serta fokus.
PROTOKOL BERDOA KEPADA ALLAH
Terima segala perkara baik dan buruk dengan iklas
Sedar bahawa kita sedang menghadap Allah yang Maha Agong, Maha Suci, Maha Besar
Kosongkan minda dengan menarik nafas panjang dalam kiraan 8 melalui hidung dan tahan dalam kiraan 8 dan hembus melalui mulut juga dalam kiraan 8. Lakukan sehingga kita telah mencapai satu kaeadaan yang berbeza daripada biasa iaitu minda berada di tahap alpha.
Mintalah apa yang dihajati dengan jelas
Berterima kasih pada Allah
No comments:
Post a Comment